Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 9500_1

MediaTek Umum Dimensity 9500 – Kelajuan CPU Cecah 4.21GHz, GPU 33% Lebih Pantas

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh Amalina Athman

MediaTek hari ini mengumumkan cip generasi baharu, Dimensity 9500, yang dijangka menjadi pesaing utama kepada cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Dengan proses 3nm, cip ini menggunakan rekaan CPU All Big Core generasi ketiga yang menggabungkan teras 1x Arm C1-Ultra berkelajuan 4.21GHz, 3x Arm C1-Premium dan 4x Arm C1-Pro.

MediaTek Umum Dimensity 9500 – Kelajuan CPU Cecah 4.21GHz, GPU 33% Lebih Pantas

Rekaan ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 32% untuk teras tunggal dan 17% multi-teras berbanding generasi sebelumnya. Teras ultra juga mampu menjimatkan sehingga 55% kuasa pada prestasi maksimum, sementara keseluruhan cip 30% lebih cekap tenaga ketika menjalankan tugasan serentak seperti permainan video dan aplikasi panggilan audio sosial.

Dimensity 9500 hadir dengan seni bina cache dan memori baharu, termasuk sokongan UFS 4.1 (4-lane). Gabungan ini menggandakan kelajuan baca/tulis serta mempercepatkan pemuatan model AI bersaiz besar sehingga 40% lebih pantas.

D9500 Infographic- FINAL

Cip ini turut dilengkapi GPU Arm G1-Ultra, menawarkan prestasi maksimum 33% lebih tinggi dan kecekapan tenaga meningkat 42%. Sokongan interpolasi kadar bingkai tinggi hingga 120fps dengan ray tracing membolehkan pengalaman permainan setaraf konsol.

Bagi tugasan AI, Dimensity 9500 menampilkan NPU 990 generasi ke-9 bersama Generative AI Engine 2.0. Kuasanya berganda dengan sokongan BitNet 1.58-bit, menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 33%.

Cip ini membolehkan peranti Android menjana imej 4K ultra-HD terus di atas peranti, memproses teks panjang hingga 128K token dan menghasilkan output LLM 3 bilion parameter 100% lebih pantas, sambil mengurangkan penggunaan kuasa maksimum sehingga 56%.

MediaTek mengatakan telefon pintar andalan yang dikuasakan cip Dimensity 9500 dijangka tiba pada suku keempat 2025.

Berkaitan

  • MediaTek Perkenal Dimensity 9400+ Dengan Peningkatan Prestasi AI
  • MediaTek Umum Dimensity 9400e - Versi 'Lite' Dengan Ciri Premium
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • MediaTek Umum Cip Pertama Guna Teknologi 2nm TSMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY