Ketika ini, sistem imbasan wajah terbaik dikatakan milik Apple melalui Face ID dan hanya beberapa peranti Android mampu menawarkan prestasi yang hampir sama.
Terbaru, MediaTek mempunyai rancangan tersendiri dimana syarikat itu mahu membangunkan sistem imbasan wajah setanding Face ID. Tidak hanya terhad kepada flagship, ia juga dikatakan akan melengkapi telefon pintar kelas pertengahan mahupun mampu milik.
Dinamakan sebagai Active Stereo, sistem itu menggunakan dua lensa inframerah, algoritma pengecaman wajah yang dikuasakan dari mesin pembelajaran. Satu lagi ciri dalam sistem adalah depth-of-field acceleration engine, yang pada ketika ini digunakan pada cip Helio untuk menghasilkan selfie bokeh/beauty.
Difahamkan, projektor inframerah dan lensa Active Stereo dibangunkan oleh Himax manakala perisiannya dikendalikan oleh Vision Technology Face++.
MediaTek masih belum mengumumkan bila sistem tersebut akan dilancarkan.
Sumber: Ubergizmo
Berkaitan
- Qualcomm Tuduh Apple Curi Rahsia Cip Dan Berikan Kepada Intel
- Apple Mahu Bangunkan Kereta Elektrik? Lantik Bekas Jurutera Tesla Untuk Bangunkan Projek Titan
- Dikatakan Ada Memo Arah Pekerja OnePlus Tidak Jawab Soalan Tentang Sistem Operasi
- AMD Perkenal Radeon VII - GPU 7nm Pertama Didunia
- Singapura Guna Data Aplikasi Pengesanan Covid-19 Untuk Siasatan Jenayah
- OPPO Ingatkan Bahawa Kualiti Kamera Bawah Paparan Mungkin Tidak Setanding Kamera Hadapan Biasa
- Rasa Rimas YouTube Mainkan Video Secara Automatik? Ini Cara Untuk Hentikannya
- Guna Touch 'n Go e-Wallet Untuk Menderma Ke Masjid Menjelang Ramadhan
- Jom Tonton Wakil Malaysia Dalam Permainan Free Fire Dan PES 2020 Di Piala Presiden Esports 2020 Sabtu Ini
- DJI Osmo Mobile 2 Bakal Dipasarkan Dalam Negara Tidak Lama Lagi, Berharga RM588