Antara negara terawal yang membangunkan aplikasi pengesanan kontak ialah Singapura melalui TraceTogether. Terbaru, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, Desmond Tan menjelaskan di parlimen, pihak polis republik berkenaan mempunyai kuasa untuk memperoleh data TraceTogether.
Diterangkan bahawa kuasa itu tertakluk dibawah Kod Prosedur Jenayah (CPC), yang mana setiap data termasuklah data TraceTogether boleh diperoleh pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan jenayah.
Disebutkan juga bahawa, akses data tersebut hanya dilakukan oleh pegawai yang diberi kuasa, penggunaan data hanya untuk tujuan yang dibenarkan serta disimpan pada platform yang dijamin selamat.
Terdahulu, laman web TraceTogether menyatakan data daripada aplikasi berkenaan hanya digunakan “for contact tracing purposes”. Namun begitu, ia telah dikemaskini pada 4 Januari, "clarified how the Criminal Procedure code applies to all data under Singapore's jurisdiction".
Turut dinyatakan bahawa data TraceTogether mungkin digunakan dalam keadaan keselamatan warganegara terjejas.
Sehingga kini, TraceTogether merupakan salah satu aplikasi pengesanan yang mencapai 80% penggunaan, antara penembusan tertinggi di seluruh dunia.
Sumber: Channel News Asia
Berkaitan
- Dahulu Beliau Disanjung Kerana Hentikan Virus WannaCry, Kini Beliau Ditahan FBI Atas Tuduhan Menyebar Virus Kronos
- Xiaomi Akan Sediakan Butang Untuk Matikan Kesemua Iklan Pada MIUI
- Kini Anda Boleh Bayangkan Menaiki Teksi Terbang
- HTC U11 EYEs Muncul Dengan Tetapan Dwi Kamera Selfie Dan Snapdragon 652
- Cara Untuk Guna Aplikasi iOS Pada Telefon Pintar Android
- Bagi Pastikan Kesalinghubungan Internet Di IPT, RM50 Juta Telah Diperuntukkan
- Redmi K30 5G Diumumkan- Paparan 120Hz Dan Sony IMX686 64MP
- iPhone 12 Dengan RAM 6GB Mungkin Diperkenalkan Tahun Ini
- Kemaskini Android Pie 9 Mula Dilepaskan Secara Global Untuk Asus ZenFone 5Z
- Tello - Dron Bajet Rendah Gabungan Teknologi Dari DJI Dan Intel