Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Reports Quarterly Earnings

Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China

Diterbitkan November 15, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Bloomberg melaporkan Intel bercadang untuk membuat wafer silikon di kilang di Chengdu, China yang akan mula beroperasi pada penghujung 2022. Bagaimanapun, White House tidak gembira dengan cadangan tersebut atas faktor keselamatan.

Disebabkan Intel memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan, maka Intel dikatakan akan mencari jalan lain untuk menangani isu bekalan cip yang dihadapi mereka ketika ini. Berkemungkinan Intel akan bekerjasama dengan kilang-kilang di sekitar Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, selari dengan cita-cita pentadbiran Biden yang mahukan komponen-komponen penting dibuat di AS.

“Intel and the Biden administration share a goal to address the ongoing industrywide shortage of microchips, and we have explored a number of approaches with the U.S. government,” kata wakil daripada Intel pada Bloomberg.

Terdahulu, Presiden AS telah memperluas polisi yang dimulakan Trump dengan menambah sekatan terhadap hubungan perdagangan antara syarikat dari AS dan China. Contohnya, beliau telah menyekat pelaburan syarikat AS dalam syarikat pengawasan dari China dan tidak menghentikan sekatan terhadap Huawei dan ZTE.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Cip 4nm Dimensity 2000 Laju, Capai Skor Lebih 1 Juta Di AnTuTu
  • Cip Intel Baharu Didakwa Kalahkan Apple M1 Max
  • Intel Menjangkakan Kekurangan Bekalan Cip Akan Lanjut Sehingga 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY