Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh ekosistem syarikat pemula (startup) yang sedang pantas berkembang (Unikorn) dan memperkasakannya dengan bimbingan mentor, teknologi dan capaian kepada pelanggan perusahaan.
Pendaftaran bagi penyertaan ‘Highway to a 100 Unicorns’ dibuka sekarang hingga 31 Oktober 2020.
Syarikat-syarikat pemula yang layak akan dapat memanfaatkan bengkel-bengkel terkhusus dan tertumpu kepada perniagaan dan teknologi, dan juga webinar perkongsian ilmu bulanan dengan komuniti perusahaan pemula global.
Di samping itu, peserta akhir dari Malaysia berpeluang memanfaatkan program bimbingan mentor selama setahun, capaian kepada pelanggan perusahaan dan juga peluang libat urus bersama pakar dan pemimpin industri daripada Microsoft.
Menurut MDEC, Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai ekosistem permulaan ke-11 teratas di dunia oleh Startup Genome, sekaligus meningkatkan keyakinan bahawa Malaysia merupakan pangkalan pilihan ‘land and expand’ bagi inovator dan pemula teknologi terbaik di rantau ini.
Bagi syarikat-syarikat pemula yang ingin turut serta dalam inisiatif 'Highway to a 100 Unicorns' ini, mereka perlu mengemukakan permohonan bagi pertandingan Emerge X terlebih dahulu.
Kriteria permohonan bagi syarikat-syarikat baharu yang ingin menyertai Emerge X adalah seperti berikut:
- Syarikat Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B) dengan kesesuaian produk-pasaran, yang menjana hasil dengan sekurang-kurangnya 3-4 pelanggan.
- Syarikat Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dengan jumlah pelanggan besar (melebihi 100K pelanggan) dan menjana hasil.
- Bekalan dana yang sedia ada adalah satu kelebihan.
Syarikat-syarikat pemula Emerge X akan diberikan kredit GitHub dan Azure percuma dan boleh menyertai bengkel yang mengkhusus dalam perniagaan dan teknologi.
Peserta akhir dari Malaysia akan diumumkan pada bulan November, untuk turut serta bersama pelopor dan usahawan terpilih dari 16 negara Asia Pasifik lain, termasuk Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Myanmar, Nepal, New Zealand, Filipina, Sri Lanka, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Untuk info lanjut tentang pertandingan Emerge X ini, sila layari https://aka.ms/highway
Berkaitan
- Microsoft Membangunkan Pusat Data Serantau Pertama Di Malaysia
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Pengguna Windows 7 Hingga Windows 10
- Bagi Menyejukkan Pusat Data, Microsoft Merendam Pelayan Mereka Ke Dalam Cecair Mendidih
- Sekali Lagi Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Windows Kepada Pengguna
- Pelaksanaan 4 Hari Bekerja Menyebabkan Jualan Microsoft Jepun Meningkat
- Shell Dan Microsoft Bekerjasama Dalam Usaha Mengurangkan Pencemaran Karbon
- MDEC Dan TM Bekerjasama Mengukuhkan Lagi Kesediaan Digital Malaysia
- Surface Pro X Peranti Yang Dikuasakan Oleh Cip Pemprosesan Microsoft SQ1
- Microsoft Mengesahkan 44 Juta Pengguna Akaun Microsoft Terdedah Kepada Penjenayah Siber
- Microsoft Tawarkan Kemas Kini KB5010342 Untuk Pengguna Windows 10