Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bagi Menyejukkan Pusat Data, Microsoft Merendam Pelayan Mereka Ke Dalam Cecair Mendidih

Bagi Menyejukkan Pusat Data, Microsoft Merendam Pelayan Mereka Ke Dalam Cecair Mendidih

Diterbitkan Jun 8, 2021 · Dikemas kini Jun 8, 2021 oleh ariff bukhari

Microsoft kini dalam eksplorasi mencari cara terbaik bagi menyejukkan pusat data mereka. Dalam tempoh beberapa tahun ini, antara percubaan yang sudah pun Microsoft cuba lakukan adalah menerusi Projek Natick.

Menerusi projek itu, Microsoft memuatkan sebanyak 12 rak pelayan ke dalam sebuah silinder yang mengandungi sebanyak 864 pelayan.

Silinder pusat data itu diletakkan di dalam air laut berhampiran dengan Pulau Orkney, Scotland.

Selepas 2 Tahun, Pusat Data Laut Microsoft Dinaikkan
Projek Natick, Microsoft.

Tetapi kini Microsoft mencuba pula merendam pelayan mereka ke dalam cecair mendidih di dalam tangki khas.

Agak pelik, mengapa diletakkan di dalam cecair yang mendidih?

Microsoft menjelaskan, cecair yang didihkan itu tidaklah sama seperti air. Sebaliknya, cecair yang didihkan pada suhu 122 darjah Fahrenheit itu akan menghasilkan wap awan.

Seterusnya wap awan itu akan menyentuh kondenser penyejuk yang menutup tangki. Kitaran berulang itu akan menjadikan sistem pelayan mereka sentiasa sejuk dan beroperasi pada tahap  tertinggi tanpa bimbangkan isu terjadinya kepanasan melampau pada pelayan.

“We are the first cloud provider that is running two-phase immersion cooling in a production environment,” Husam Alissa, Jurutera Pasukan Perkakasan pusat data dan pembangunan Microsoft.

Bagi Menyejukkan Pusat Data, Microsoft Merendam Pelayan Mereka Ke Dalam Cecair Mendidih
Microsoft tidak menyatakan secara jelas cecair yang digunakan untuk merendam pelayan mereka.

“Air cooling is not enough. That’s what’s driving us to immersion cooling, where we can directly boil off the surfaces of the chip” Christian Belady, jurutera dan naib presiden pembangunan pusat data Microsoft.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY