Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Membangunkan Pusat Data Serantau Pertama Di Malaysia

Microsoft Membangunkan Pusat Data Serantau Pertama Di Malaysia

Diterbitkan April 19, 2021 oleh ariff bukhari

Sebagai sebahagian inisiatif “Bersama Malaysia”, Microsoft Corp. hari ini telah mengumumkan komitmen untuk memperkasakan ekonomi digital terangkum Malaysia dan menggiatkan transformasi digital negara membabitkan sektor awam dan swasta.

Untuk itu, Microsoft memaklumkan mereka akan menubuhkan pusat data serantau (“datacenter region”) pertamanya di negara ini untuk menyediakan perkhidmatan awan yang boleh diyakini di dalam negara dengan tahap keselamatan data dan privasi bertaraf dunia di samping keupayaan menyimpan data di dalam negara.

Pusat data serantau pertama itu akan dibangunkan di persekitaran Kuala Lumpur (“Greater Kuala Lumpur”) dengan menyediakan capaian kepada kemudahan Microsoft Cloud serba lengkap, yang termasuklah  Microsoft Azure, Microsoft 365, Dynamics 365 dan Power Platform.

Malah Microsoft juga mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kemahiran untuk 1 juta lagi rakyat Malaysia menjelang akhir 2023 dalam usaha membuka peluang ekonomi bagi insan dan perniagaan dalam era digital.

Microsoft yang sudah bertapak selama 28 tahun di Malaysia juga turut menyatakan menyokong matlamat MyDigital Kerajaan Malaysia untuk mengubah negara menjadi pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY