Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Akan Ambil Tindakan Atas Penipuan Promosi Data Internet

MCMC Dan PDRM Siasat 3 Individu Berkaitan Isu “Tepuk Punggung”

Diterbitkan Jun 17, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihak mereka dengan kerjasama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap ketiga-tiga individu tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.

Ia ekoran daripada aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu yang telah memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.

Aduan yang diterima itu dipercayai berkaitan dengan rakaman video “tepuk punggung” melibatkan beberapa pengasas produk kecantikan dan
selebriti terkenal baru-baru ini.

MCMC menyatakan pihak mereka memandang serius tentang insiden itu dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

MCMC menasihatkan orang ramai khususnya para selebriti yang
berpengaruh menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

Sumber: MCMC

Baca juga:

  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya
  • Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY