JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya



Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini memaklumkan  bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu adalah dilarang di atas jalan.

Kenderaan mikromobiliti itu adalah terdiri daripada mana-mana kenderaan yang mempunyai kelajuan maksimum 50km/jam.

Jenis- jenis kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang penggunaannya di atas jalan adalah daripada perihalan berikut:-

(i) Moped;

(ii) Personal Mobiliti Devices termasuk skooter berkuasa elektrik, kuasa enjin

pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia; dan

(iii) Personal Mobiliti Aids (PMA).

MOT menyatakan secara amnya, kenderaan mikromobiliti dalam kategori Moped, Personal Mobiliti Devices (PMD) dan Personal Mobiliti Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannyadi atas jalan atau mana-mana bahagian jalan termasuklah di lintasan pejalan kaki.

Larangan itu dikuatkuasakan menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (“Kaedah”) yang telah berkuatkuasa mulai 17 Disember 2021.

MOT memaklumkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mula menguatkuasakan perintah larangan ini.

Jadi mana-mana orang yang didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang telah dilarang di atas jalan adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].

MOT menegaskan, antara sebab utama larangan itu dikuatkuasakan adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sebagai pengguna jalan raya.

Sumber: MOT

Baca juga:

Berkaitan