Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aduan MCMC 24 jam

MCMC Akan Ambil Tindakan Dalam Tempoh 24 Jam Bagi Aduan Masalah Jalur Lebar

Diterbitkan Januari 28, 2021 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengatakan pihaknya akan menghantar pegawai untuk ‘turun padang’ ke kawasan yang mempunyai masalah berkaitan kesalinghubungan jalur lebar, dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Selain membuat pemantauan harian aduan pengguna di media sosial serta laporan media massa, MCMC juga menerima aduan melalui laman web atau saluran aduan yang disediakan.

Menurut Pengerusi MCMC Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, apabila aduan diterima, ia akan disampaikan kepada pembekal perkhidmatan dan mereka perlu memberikan laporan kepada MCMC dalam tempoh tiga hari. Jika gagal, ia dikira sebagai melanggar Standard Mandatori Bagi Kualiti Perkhidmatan dan boleh dikenakan saman.

Pihak pembekal perkhidmatan juga disaran untuk menghubungi pengadu berkaitan masalah yang dilaporkan.

Bagaimanapun, tempoh penyelesaian sesuatu aduan dikatakan adalah berbeza dan bergantung kepada situasi.

Dalam pada itu, beliau berpendapat kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu diperkukuh dengan mengubah suai medium pembelajaran serta mengambil kira faktor penggunaan jalur lebar.

Ini kerana, penstriman video dalam tempoh yang lama akan meningkatkan penggunaan jalur lebar berbanding penstriman audio. Beliau turut menyarankan penggunaan teknologi lain yang bersesuaian seperti penyiaran televisyen bagi pelaksanaan PdPR.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY