Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MBSB Bank

Platform e-Dompet MBSB Bank Ditamatkan

Diterbitkan April 8, 2024 · Dikemas kini April 8, 2024 oleh ariff bukhari

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) hari ini mengumumkan pemberhentian platform e-Dompetnya, berkuat kuasa mulai 31 Mei 2024.

MBSB Bank dalam kenyataannya berkata, keputusan strategik yang diambil mereka itu adalah sejajar dengan usaha berterusan Bank tersebut untuk mengoptimumkan dan menyelaraskan penawaran digitalnya.

MBSB Bank memaklumkan, pelanggan mereka masih boleh terus menggunakan platform perbankan M JOURNEY, QR DuitNow Bank MBSB dan Dompet Perbankan Dalam Talian (OBW) untuk transaksi dalam talian.

MBSB Bank

Pelanggan juga tidak perlu risaukan baki di dalam akaun e-Dompet kerana semua baki tertunggak yang ada akan dikembalikan kepada pemegang akaun masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai proses pemberhentian ini, pengguna e-Dompet MBSB Bank boleh menghubungi melalui e-mel di [email protected] atau melalui Pusat Khidmat Pelanggan MBSB Bank di 03 – 2096 3000.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: MBSB Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY