Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Menang Anugerah Pengalaman Pengguna Di iF Design Award 2024

Maxis Menang Anugerah Pengalaman Pengguna Di iF Design Award 2024

Diterbitkan Mac 18, 2024 oleh ariff bukhari

Maxis menerusi aplikasi mudah alih Hotlink mereka baru-baru ini telah memenangi anugerah berprestij antarabangsa, iF Design Award 2024 dalam kategori Pengalaman Pengguna (UX).

Syarikat telekomunikasi itu merupakan syarikat tunggal di Malaysia dan Asia Tenggara yang telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori tersebut.

Aplikasi mudah alih Hotlink telah dipilih sebagai salah satu pemenang dalam kategori UX daripada 11,000 penyertaan dari lebih 72 negara oleh sebuah panel yang terdiri daripada 132 pakar reka bentuk global tersohor.

Majoriti daripada 7 juta pelanggan Hotlink menggunakan aplikasi tersebut untuk menguruskan akaun prabayar dan pascabayar mudah alih mereka, turut menikmati ganjaran daripada lebih 100 rakan kongsi di Malaysia.

Overview of Hotlink App_IF_Award_Winner

“Kami sentiasa mengutamakan pengalaman pelanggan dalam semua usaha kami merentas seluruh syarikat, merangkumi semua titik sentuh sama ada fizikal mahupun digital di mana kami terus mempergiatkan usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai
Pemasaran Maxis.

iF Design Award merupakan pertandingan reka bentuk antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun oleh iF International Forum Design GmbH, sebuah organisasi reka bentuk bebas yang paling lama ditubuhkan pada peringkat global, berasal dari Hannover, Jerman.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • 'Microwave' Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024

Sumber: Siaran media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY