Maxis Hadir Dengan Telefon Pintar Mereka Sendiri Next M1 Bersama Bayaran Bulanan Serendah RM78

Percaya atau tidak Maxis akan hadir dengan telefon pintar jenama mereka sendiri iaitu Maxis NeXT M1. Maxis akan melancarkan satu tawaran yang akan bermula pada hari ini. Melalui tawaran tersebut, pelanggan hanya perlu membayar RM78 secara bulanan untuk telefon pintar berserta dengan pakej panggilan dan internet tanpa bayaran pendahuluan.

33075501561_c05ab7f731_k

Peranti Next M1 ini dibina dengan skrin berukuran 5.5 inci pada resolusi HD. Ianya dimuatkan dengan cip pemproses MediaTek MT6755M (kalau tak silap) bersama RAM bersaiz 2GB dan dijalankan dengan sistem operasi Android 6 Marshmallow. Selain daripada itu, Next M1 juga memiliki sensor kamera utama yang bersaiz 13 Megapixel bersama sokongan autofocus.

Melalui pakej ini, anda juga ditawarkan dengan penggunaan internet 4GB dan panggilan percuma selama 5o minit setiap bulan. Maxis memberikan jaminan selama 2 tahun untuk kerosakan peranti malah jaminan selama 6 bulan untuk panel paparan yang rosak.

Sumber