Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Mengesahkan CPU Generasi ke-8 Akan Dilancarkan Pada Penggal ke-2 2017

Intel Mengesahkan CPU Generasi ke-8 Akan Dilancarkan Pada Penggal ke-2 2017

Diterbitkan Februari 14, 2017 oleh Haikel Areff

Intel telah mengesahkan khabar angin tentang akan ada generasi ke-4 CPU untuk proses pembuatan 14nm. Intel juga turut mengumumkan bahawa cip terbaru ini tidak akan menggunakan proses 10nm sepenuhnya. Proses 10nm merupakan proses terbaru pembinaan cip ketika ini.

Bermakna CPU generasi ke-8 ini akan dimuatkan dengan sama ada pemproses 14nm atau 10nm. Pengumuman itu dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Brian Krzanich memperagakan peranti 2-dalam-1 yang dijalankan menggunakan CPU 10nm prototaip di CES 2017  bulan lepas.

Syarikat itu dijangka akan melancarkan CPU 10nm yang lebih mementingkan pembinaan CPU dengan ciri penggunaan kuasa dan pelesapan haba yang lebih baik.

Intel turut mengumumkan bahawa generasi Cannonlake yang dijangka menggunakan proses 10nm pada 2016 yang lepas ditangguhkan, digantikan dengan codename baru iaitu Kaby Lake yang dibina dengan proses 14nm. Codename Coffee Lake pula akan memfokuskan kepada segmen arus perdana, manakala Cannonlake akan diperkenalkan dalam kuantiti yang terhad untuk peranti nipis dan ringan.

Mereka menjangkakan kenaikan 15 peratus dalam prestasi Tasik Kaby, yang merupakan peningkatan sederhana berbanding Skylake. Intel pada ketika ini tidak mengeluarkan info tentang konfigurasi CPU generasi ke-8 tersebut.

Sumber

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY