Masjid Akram Dato Keramat Sediakan Mesin ATM Beras Untuk Asnaf

Tahun lalu, mesim ATM beras untuk golongan kurang berkemampuan di Indonesia  pernah tular dimedia sosial tempatan.

Mengikut jejak langkah itu, pengurusan Masjid Akram Dato Keramat telah menyediakan mesin yang sama untuk kemudahan asnaf dikawasan terbabit.

Pengguna yakni asnaf perlu menyentuh kad pada sensor dan kemudiannya, bekalan beras sebanyak 2kg dikeluarkan pada ruang bahagian bawah.

Selain itu, ia turut berfungsi sebagai tabung, dimana orang ramai boleh membuat sumbangan wang tunai ke dalamnya yang bakal digunakan untuk membeli bekalan beras.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Akram Dato Keramat dan pihak-pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan ini.




Mesin Touch n Go beras untuk asnaf dan fakir miskin di Masjid Akram Dato Keramat. Masjid lain patut mencontohi kaedah ini. Mudah dan bersistem.

Posted by Koleksi Video Islamik, Motivasi dan Isu Semasa on Thursday, February 14, 2019