Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belanjawan 2024: Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Untuk Banteras Jenayah Scam

Masih Ramai Rakyat Malaysia Terlibat Dengan Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan November 16, 2023 oleh Amal Addin

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mencatatkan 19,224 kes jenayah dalam talian dari Januari hingga September tahun ini.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding dengan jumlah kes sebanyak 15,659 yang tercatat pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut CyberSecurity Malaysia, Pusat Tindakbalas Insiden Siber Cyber999 mencatatkan 4,898 kejadian keselamatan siber antara Januari dan Oktober tahun ini. Penipuan dalam talian (fraud) kekal menjadi insiden yang paling banyak berjumlah sebanyak 3,087 kejadian.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, menyatakan bahawa nilai kerugian kes jenayah dari Januari hingga September tahun ini meningkat kepada RM687 juta atau 29 peratus lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022.

Masih Ramai Rakyat Malaysia Terlibat Dengan Penipuan Dalam Talian

Beliau menegaskan bahawa penting bagi semua pihak untuk memberikan perhatian serius kepada insiden penipuan dalam talian dan ancaman scam kerana ia telah menyebabkan negara mengalami kerugian dalam jutaan ringgit serta menimbulkan tekanan emosi yang besar.

Statistik menunjukkan mangsa scam melibatkan pelbagai golongan masyarakat di Malaysia termasuk individu dari latar belakang profesional seperti pensyarah, guru, jurutera, doktor, ahli perniagaan, dan juga golongan pesara serta warga emas.

Hingga 31 Oktober tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menghapuskan 4,013 akaun dan kandungan. Pada tempoh yang sama, MCMC juga telah menghalang akses kepada 1,764 laman web palsu yang digunakan untuk aktiviti penipuan pemancingan maklumat (Phishing).

Teo turut menyatakan bahawa MCMC telah menghadkan akses kepada 410,590,277 SMS yang tidak diminta (unsolicited SMS) sepanjang Januari hingga September tahun ini dan sebanyak 19 juta SMS yang mengandungi pautan (Hyperlink) telah disekat mulai dari 2 Mei hingga September 2023.

Masih Ramai Rakyat Malaysia Terlibat Dengan Penipuan Dalam Talian

Beliau menambah lagi, sebanyak 79,322 talian termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS yang mencurigakan telah dihentikan perkhidmatannya dari Januari hingga September 2023.

Selain itu, MCMC telah menghalang 553,173,467 panggilan yang mencurigakan dari Januari hingga September tahun ini.

Berkaitan

  • 'Keuntungan' Jenayah Siber Merosot 40% Pada 2022 - Chainalysis
  • Penjenayah Guna TikTok Dan WeChat Untuk Mengedar Dadah - PDRM
  • Remaja 15 Tahun Antara Ditangkap Guna Fail APK Untuk ‘Scam’
  • Aktiviti 'Cybertrooper' Sebenarnya Jenayah Siber, Perlu Ada Cara Untuk Kawalnya
  • MCMC Sekat 3,150 Kandungan Berunsur Penipuan

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY