Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710

Markah Penanda Aras Geekbench Huawei P30 Pro Didedahkan

Diterbitkan Mac 13, 2019 oleh Haikel Areff

Tinggal lebih kurang dua minggu lagi sebelum pelancaran siri Huawei P30 yang akan diadakan di Paris pada 26 Mac ini.

Beberapa maklumat mengenainya sudah pun didedahkan antaranya penggunaan 4 lensa pada kamera utama serta rekaan luarannya.

Terbaru, markah penanda aras Geekbench bagi peranti Huawei P30 Pro pula telah berjaya dikesan oleh Nashville Chatter dan menjadi tular atas talian.

Screenshot 2019-03-13 at 10.07.01 AM
Geekbench

Menurut keputusan yang diperoleh, seperti dijangka peranti ini akan hadir dengan sistem Android 9 Pie, cip Kirin 980 serta memori 8GB RAM.

Walaubagaimanapun, Huawei P30 Pro ini dijangka turut akan didatangkan dengan pilihan variasi lain apabila dilancarkan nanti.

Seperti biasa, maklumat lengkap mengenai siri perdana terbaru Huawei hanya akan diketahui semasa majlis pelancarannya hujung bulan nanti.

 

Sumber: Nashville Chatter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY