Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mari Lihat Senarai Emoji Paling Popular Secara Masa Sebenar

Mari Lihat Senarai Emoji Paling Popular Secara Masa Sebenar

Diterbitkan Ogos 3, 2017 · Dikemas kini Ogos 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Emoji boleh diibaratkan sebagai bahasa baru untu kita mengekpresikan diri dalam perbualan atas talian. Setakat Jun 2017, sejumlah 2,666 emoji telah berada di dalam Standard Unicode (Standard Unicode adalah sistem pengekodan aksara yang direka untuk menyokong pertukaran, pemprosesan, dan paparan teks bertulis di seluruh dunia).

Dalam beribu-ribu emoji yang tersedia, pasti ada beberapa emoji sahaja yang kita sering kali guna. Apa emoji paling popular sekali digunakan?

Terdapat satu laman web dikenali sebagai Emojitracker.com yang berupaya memaparkan jumlah penggunaan emoji dalam masa sebenar (real time). Tapi ia hanya terhad kepada penggunaan emoji di Twitter sahaja.

Mari Lihat Senarai Emoji Paling Popular Secara Masa Sebenar

Berdasarkan emojitracker, berikut adalah 10 emoji yang paling popular di Twitter:

  1. Wajah gembira sambil keluar air mata
  2. Simbol love besar
  3. Wajah senyum dengan mata love
  4. Kad dengan bentuk love
  5. Wajah menangis
  6. Wajah dan mata yang tersenyum
  7. Wajah menyampah
  8. Simbol kitar semula
  9. Simbol love berganda
  10. Wajah senyum berbentuk love.

Ataupun anda boleh klik emojitracker untuk lihat senarai penuh yang lain.

*hati-hati bila klik dekat simbol, takut telefon hang sebab ia dikemaskini secara real time.

Selain itu, terdapat satu laporan yang dikeluarkan, Swiftkey, pembangun papan kunci telefon pintar dan tablet yang memaparkan penggunaan emoji paling popular mengikut negara.

Dalam laporan yang bertarikh April 2015 itu menunjukkan bahawa pengguna Malaysia gemar menggunakan 5 kategori emoji berikut:

  1. Isyarat tangan
  2. Wanita
  3. Kelakar
  4. Pengangkutan
  5. Ladang haiwan

Mari Lihat Senarai Emoji Paling Popular Secara Masa Sebenar

Klik untuk baca laporan penuh Swiftkey

Sumber: Emojipedia, Swiftkey, Emojitracker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY