Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mari Kenali Fungsi Simbol “Mangga Hijau”, “Mangga Kelabu Dengan Tanda Amaran” Dan ” Mangga Kelabu Dengan Palang Merah”

Mari Kenali Fungsi Simbol “Mangga Hijau”, “Mangga Kelabu Dengan Tanda Amaran” Dan ” Mangga Kelabu Dengan Palang Merah”

Diterbitkan Ogos 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pernah lihat simbol seperti diatas?

Faham maksud yang dibawakan oleh simbol-simbol itu?

Tidak kira apa jua platform enjin carian yang anda guna, pasti simbol “mangga” pernah terpapar pada skrin telefon atau komputer anda.

Simbol mangga tersebut merupakan penanda sesebuah sambungan ke laman web itu selamat ataupun tidak. Ia dipaparkan bersebelahan alamat laman web ataupun pautan url pada laman web yang anda kunjungi.

Dengan adanya simbol itu, pengguna boleh membezakan sama ada laman web itu selamat dikunjungi ataupun ia adalah laman web perisian hasad yang berkemungkinan besar cuba mencuri maklumat peribadi anda.

Terdapat 3 jenis warna mangga yang biasa kita lihat, dan dibawah adalah penerangan ringkas tentang maksud simbol-simbol itu.

Mangga berwarna hijau

Mari Kenali Fungsi Simbol “Mangga Hijau”, “Mangga Kelabu Dengan Tanda Amaran” Dan ” Mangga Kelabu Dengan Palang Merah”

Ia bermaksud laman web yang anda kunjungi selamat dan trafik pergi dan balik dari laman web itu disulitkan (encrypted). Disulitkan bermaksud tiada siapa yang boleh membaca…

  • butiran kad kredit
  • kata laluan
  • lain-lain maklumat penting

…dan hanya laman web itu sahaja yang mampu mengakses data anda. Tapi pastikan ejaan nama laman web itu betul dahulu, kerana dikhuatiri laman web palsu turut mendapat pensijilan menggunakan simbol mangga berwarna hijau ini.

Mangga kelabu dengan tanda amaran tiga segi

Mari Kenali Fungsi Simbol “Mangga Hijau”, “Mangga Kelabu Dengan Tanda Amaran” Dan ” Mangga Kelabu Dengan Palang Merah”

Ia memberi amaran kepada pengguna bahawa sambungan ke laman web hanya disulitkan separuh sahaja dan tidak dapat menghindarkan dari perbuatan “curi dengar” dari pihak lain.

Jangan hantar sebarang maklumat sensitif pada laman web yang menunjukkan simbol ini.

Mangga kelabu dengan palang merah

Mari Kenali Fungsi Simbol “Mangga Hijau”, “Mangga Kelabu Dengan Tanda Amaran” Dan ” Mangga Kelabu Dengan Palang Merah”

Sama seperti keterangan diatas. Laman web yang anda kunjungi mempunyai kandungan yang berpotensi menyerang maklumat anda.

Jangan hantar sebarang maklumat sensitif pada laman web yang menunjukkan simbol ini.

Sekarang anda boleh bezakan maksud simbol mangga itu, betul? Seperkara lagi, pastikan bahawa ejaan nama laman web benar-benar dieja dengan betul dan barulah anda teruskan mengunjungi laman web itu.

Dipendekkan cerita, berhati-hati ketika melayari internet supaya anda tidak menjadi mangsa serangan “Man In The Middle” ataupun teknik perisian hasad yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY