Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Singapore

Malaysia, Singapura Turut Tandatangani MoU Untuk Perlindungan Data, Keselamatan Siber Dan Ekonomi Digital

Diterbitkan Januari 31, 2023 ยท Dikemas kini Januari 31, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Josephine Teo telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Berkaitan

  • Malaysia Meterai Perjanjian Dengan Singapura Dalam Bidang Ekonomi Hijau Dan Digital

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam satu kenyataan menjelaskan, antara bidang kerjasama dalam perlidungan data peribadi adalah bertukar-tukar pengetahuan dan kepakaran berhubungan amalan terbaik mengenai dasar dan peraturan perlindungan data peribadi, program pendidikan dan pembinaan kapasiti, usaha penguatkuasaan serta mempermudah mekanisme bagi menggalakkan aliran data rentas sempadan.

Sementara itu, bidang keselamatan siber merangkumi pertukaran pengetahuan dan kepakaran mengenai amalan terbaik, penyelarasan dan organisasi aktiviti pembinaan kapasiti keselamatan siber serta pertukaran maklumat mengenai analisa, pengalaman dan panduan mengenai serangan siber.

Untuk ekonomi digital, ia melibatkan maklumat mengenai amalan terbaik, dasar dan peraturan termasuk digitalisasi, piawaian yang boleh dikendalikan dan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan teknologi lejar teragih seperti blockchain.

Antara lainnya adalah menyokong pertumbuhan perdagangan elektronik, ekonomi digital serta piawaian yang boleh dikendalikan, dan sebagainya.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY