Malaysia Kini Fokus Untuk Melajukan Sambungan Internet

Kerajaan Malaysia dikatakan akan memfokuskan terhadap kelajuan internet setelah hampir 80% populasi dalam negara mempunyai akses kepada sambungan tersebut.

Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia kepada pihak media, sudah hampir 80% rakyat Malaysia mempunyai akses kepada jalur lebar walaupun pada kelajuan yang rendah.

Oleh hal yang demikian, kerajaan bakal mengalih tumpuan untuk melajukan sambungan kepada internet tersebut selari dengan Pelan Malaysia ke 11 dan menyasarkan sambungan 100Mbps di kawasan bandar dan 20Mbps di kawasan luar bandar.
"Kelajuan purata di Malaysia hari ini membolehkan perdagangan dalam talian. Malah, pertumbuhan internet terbukti daripada penggunaan Zalora, Fashion Valet dan Lazada, " ujar beliau kepada Free Malaysia Today.

Selain daripada itu, satu laporan kajiselidik yang dikeluarkan oleh Cable.co.uk menyenaraikan Malaysia di tangga ke-63 seluruh dunia dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps.

Kajiselidik yang dijalankan di 189 buah negara dalam tempoh 12 bulan yang tamat pada Mei lepas, menunjukkan Malaysia agak ketinggalan  dengan Singapura dan Thailand tetapi lebih baik berbanding negara jiran Asean yang lain.

  • Singapura - 55.13 Mbps

  • Thailand - 16.85 Mbps

  • Vietnam ranked - 5.46 Mbps

  • Indonesia - 5.19 Mbps

  • Brunei - 3.83 Mbps

  • Filipina - 3.69 Mbps

  • Kemboja - 3.1 Mbps

  • Myanmar - 2.09 Mbps

  • Laos - 1.94 Mbps


Untuk lebih senang difahami, proses muat turun filem HD bersaiz 7.5 GB akan mengambil masa lebih kurang...

  • 18 minit 34 saat dengan kelajuan internet di Singapura dan

  • 33 minit 3 saat dengan kelajuan internet di Malaysia


...bagi filem HD yang sama.

Sumber: Free Malaysia Today