Google Chrome Untuk Android Menerima Penambahbaikan Bagi Ciri Luar Talian

Disember tahun lalu, Google memperkenalkan satu fungsi menarik iaitu muat turun laman web untuk tontonan luar talian.

Sejak diperkenalkan, fungsi tersebut menjadi popular dan menurut Google, lebih dari 45 juta muat turun laman web telah dilakukan pengguna Chrome pada setiap minggu.

Justeru itu, pihak Google melihat fungsi itu perlu dipertingkatkan dengan menambah beberapa ciri yang bakal memudahkan lagi penggunan memuat turun.

Offline.width-1080

 

 

Antara ciri terbaru adalah, tekan lama mana-mana pautan dan pilih " Download Link".

Ciri ini juga terdapat bila anda tekan lama pada artikel cadangan pada halaman tab baru.

Selain itu, jika anda berada pada halaman luar talian 'Dinasour', anda akan lihat butang "Muat turun halaman kemudian".

Sekiranya anda tekan butang tersebut, pelayar Chrome akan memuat turun halaman itu secara automatik apabila peranti sudah bersambung dengan internet.

Akhir sekali adalah, apabila anda membuka tab yang baru, artikel yang telah dimuat turun akan ditanda dengan 'lencana luar talian'.

Turut dipaparkan adalah senarai muat turun terbaru bagi memudahkan anda mengaksesnya.

Kini anda tak perlu risau jika tiada sambungan internet kerana anda boleh memuat turun keseluruhan laman web dan membacanya secara luar talian.

Tekan pautan ini untuk kemaskini Google Chrome untuk Android.

Sumber: Google