Teknologi 5G berkembang dengan pesat selepas ianya dilancarkan. Tahun 2021 sahaja, sebanyak 58 negara sudah menggunakan teknologi 5G. Peningkatan sebanyak 20 buah negara berbanding tahun 2020 lalu.
5G dijangka akan digunakan oleh lebih daripada 1 bilion pengguna dalam tempoh 3.5 tahun berbanding 4 tahun untuk teknologi 4G dan 12 tahun untuk teknologi 3G.
Di bawah ini adalah peta yang menunjukkan teknologi 5G buat masa ini menurut Statista.
Amerika, Eropah dan China adalah antara negara yang terawal menggunakan teknologi 5G. Namun hampir semua negara di Asia telah melabur untuk teknologi tersebut.
Korea Selatan pula merupakan negara pertama yang menggunakan 5G dan masih kekal mendahului dalam teknologi tersebut. Dijangka, sebanyak 60% peranti mudah alih akan mempunyai teknologi 5G menjelang tahun 2025.
Di Malaysia pula, teknologi 5G memang telah dilancarkan. Cuma ia hanya dilancarkan di 3 kawasan ini sahaja buat masa ini iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Sebelum ini, kami ada menulis artikel berkenaan di mana DNB menyasarkan 80% kawasan di Malaysia akan menerima 5G menjelang tahun 2024.
Sumber: statista
Baca juga: