Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Serta Syarikat Telekomunikasi, Pos Dan Kurier Bersama Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Malaysia Akan Perluas Sistem Amaran Banjir Diseluruh Negara Pada Tahun Ini

Diterbitkan Januari 4, 2022 ยท Dikemas kini Januari 5, 2022 oleh Faiz Munir

Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sememangnya satu tragedi yang memeritkan bagi mangsa yang terlibat. Kebiasaannya bencana banjir ini akan berlaku di Malaysia setiap kali hujung tahun berikutan dengan perubahan Angin Monsun Timur Laut.

Bagi membuat persediaan awal menghadapi banjir, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), mereka memperkenalkan sistem amaran yang akan mula beroperasi tahun ini. Sistem tersebut akan memberikan amaran dengan membunyikan siren seawal 2 hari sebelum banjir berlaku. Jika terdapat ramalan bahawa banjir akan berlaku, amaran ini juga akan dibunyikan seawal 7 hari sebelumnya.

Buat masa ini, sistem ini hanya digunakan di lembangan sungai di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Manakala, lembangan sungai di Sungai Klang dan Sungai Langat masih lagi dalam fasa ujian. Dikatakan sistem ini mempunyai ketepatan sehingga 95%.

Selain itu, sejumlah 120 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negara akan mula beroperasi untuk memaparkan keadaan sebenar ketika banjir kepada umum. Diharap dengan kehadiran sistem ini, rakyat Malaysia dapat membuat persiapan yang secukupnya agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Awani

Baca juga:

  • Pelakon Terkenal Hadapi Isu Dengan Gelang Penjejak Covid-19
  • TM Cyberjaya Terbakar Punca Gangguan unifiTV Seluruh Negara
  • Ramai Belum Beralih Ke RFID Kerana Kurang Pencerahan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY