Bermula tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula menggunakan gelang penjejak, Home Quarentine Management System (HQMS) buat raykat malaysia yang perlu dikuarantin apabila pula dari luar negara. Penjejak ini terdiri menggunakan Identifikasi Frequensi Radio (RFID) dan Convert Tracking Unit (CTI) yang akan memberi amaran jika pemakainya melanggar arahan kuarantin.
Peranti tersebut adalah untuk memudahkan KKM menjejak orang yang dikuarantin supaya tidak sewenang-wenangnya keluar dalam tempoh kuarantin. Langkah ini adalah alternatif kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 yang mungkin dibawa dari luar negara.
Penggunaan gelang penjejak ini adalah bagi menggantikan sistem gelang pink yang sebelum ini digunakan untuk mengesan orang yang sedang dikuarantin. Namun masalah yang timbul bagi gelang penjejak ini adalah ia mudah tertanggal.
Alat peranti apa ni? pic.twitter.com/QU8zLbzAfB
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) January 3, 2022
Menurut daripada ciapan @jilmisai berkongsi video dari pelakon terkenal, Azad mendakwa bahawa gelang penjejaknya tercabut dimana sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku. Video tersebut juga ditujukan kepada Khairy Jamaluddin, Menteri KKM sebagai pemberitahuan agar perkara ini diambil tindakan oleh KKM.
Penggunaan gelang penjejak sememangnya satu teknologi yang baik untuk digunakan dan penjejak ini sepatutnya hanya boleh dibuka oleh pihak berwajib sahaja agar peranti ini tidak dimanipulasi oleh pemakainya. Jika tertanggal, anda perlu menghubungi pihak berwajib dengan segera (berdasarkan FAQs).
Diharap perkara ini ditambah baik lagi oleh pihak KKM agar dapat membendung sepenuhnya wabak Covid-19 di negara ini. Setakat artikel ini ditulis, nampaknya perkongsian video tersebut telah dipadam dari laman media sosial.
Sumber: @jilmisai, Azad Jasmin
Baca juga: