Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Makmal 5G Malaysia

Malaysia Akan Lancarkan Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G Pertama Di Asia Tenggara

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amalina Athman

Malaysia akan melancarkan Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G pertama di Asia Tenggara dengan kerjasama agensi pakar keselamatan siber nasioal, CyberSecurity Malaysia (CSM), Huawei Technologies (M) Sdn Bhd dan Celcom Axiata Bhd.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, makmal ujian tersebut akan menjadi model keselamatan siber secara menyeluruh termasuk sejumlah senario serta menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih dan penilaian perkakasan.

Ia turut merangkumi ekosistem ujian 5G yang komprehensif, terdiri daripada teknologi seperti rangkaian akses radio 5G (RAN), rangkaian Edge dan juga aplikasi penstoran awan.

Antara lainnya termasuk menjalankan kes ujian seperti keselamatan IoT, telekomunikasi dan melihat bagaimana untuk meningkatkan kesediaan untuk bertindak balas terhadap serangan siber yang berkaitan dengan 5G.

Perkara yang melibatkan internet, kesalinghubungan, data, pembangunan kapasiti, pembangunan, e-perniagaan dan keselamatan siber akan dilihat daripada pendekatan holistik melalui platform nasional iaitu Agenda Digital Nasional dan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika sebelum ini kita sudah sedia mengenali Koridor Raya Multimedia (MSC), platform baharu ini mungkin akan dinamakan sebagai MSC 2.0.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY