Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max Pada iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X Anda? Begini Caranya

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max Pada iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X Anda? Begini Caranya

Diterbitkan Oktober 6, 2018 oleh Haikel Areff

Setiap kali model iPhone baru diperkenalkan, keupayaan kameranya pasti menjadi antara perkara yang paling diambil perhatian. Begitu juga dengan iPhone XS dan XS Max baru-baru ini. Walaupun dari segi keupayaannya tidak jauh berbeza dengan iPhone X, kamera pada model 2018 tersebut memiliki satu fungsi menarik baru iaitu keupayaan untuk mengubahsuai bokeh atau aperture selepas gambar ditangkap.

Fungsi sebegini tidak ada pada peranti iPhone terdahulu termasuk iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X. Namun, tiga model terdahulu ini masih boleh menikmati fungsi yang sama. Mari saya ajarkan kepada anda.

Pertama sekali, anda perlu memuat-turun aplikasi Focos daripada App Store. Ia adalah percuma, namun untuk mendapatkan akses penuh kepada semua fungsi pada aplikasi ini, anda hanya perlu membayar sekitar $10.99(~RM 45.50) sahaja untuk sekali seumur hidup.

Screen Shot 2018-10-06 at 11.18.19 AM

Selesai muat turun, anda boleh memilih untuk membuat tangkapan secara terus melalui aplikasi berkenaan dengan menggunakan fungsi bokeh seperti biasa. Pengguna juga boleh mengubahsuai ciri bokeh pada gambar yang telah sedia ditangkap menggunakan telefon pintar lebih awal.

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max Pada iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X Anda? Begini Caranya

Pengguna boleh memilih untuk menetapkan tahap aperture dari f/20.0 hingga f/1.4, dimana kesan bokeh akan lebih kelihatan pada aperture yang lebih kecil. Menariknya, aplikasi ini turut membolehkan anda menetapkan untuk menggunakan kesan bokeh ini pada sisi hadapan atau belakang objek dalam gambar.

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max Pada iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X Anda? Begini Caranya

Antara perkara lain yang sangat cool pada aplikasi Focos ini ialah anda boleh memilih bentuk bokeh mengikut kesesuaian anda. Tambahan pula, aplikasi ini membenarkan anda memanipulasi imej supaya ia kelihatan ditangkap menggunakan lensa kamera lain secara maya.

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max Pada iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X Anda? Begini Caranya

Antara lensa yang boleh dipilih ialah Olympus Zuiko, Helios 44, CarlZeiss Jena, CarlZeiss Otus, Leica Noctilux, Minolta STF, Minolta RF250, A1, A2, A3 dan A4. Ini bermakna gambar yang dihasilkan akan kelihatan seperti benar-benar diambil menggunakan lensa-lensa ini. Menarik, bukan?

Aplikasi ini turut menawarkan dua lagi pilihan langganan iaitu bulanan yang berharga $0.99(~RM 4.10) dan tahunan dengan bayaran $6.99(~RM 29) untuk akses penuh dengan pelbagai fungsi menarik.

Jadi, bagi penggemar fotografi yang menggunakan iPhone 7 Plus, 8 Plus dan iPhone X, apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi ini sekarang dan kongsikan hasil gambar yang anda dapat dengan kami di ruangan komen.

 

Sumber :  Focos  DPReview  MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY