Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-16 at 6.34.21 PM

Mahu Gabungkan Dua PDF Menjadi Satu? Boleh Gunakan Cara Ini

Diterbitkan Januari 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kebanyakkan dokumen yang digunakan kini dihantar dalam format PDF. Pernahkah anda mempunyai masalah menerima beberapa dokumen PDF dan terfikir alangkah bagusnya ia boleh digabung menjadi satu dokumen sahaja?

Caranya adalah pergi ke laman smallpdf. Selain menawarkan fungsi untuk menggabungkan beberapa dokumen PDF menjadi satu, ia juga turut mempunyai fungsi lain seperti…

Screenshot 2019-01-16 at 6.29.56 PM

  • Tukar fail PowerPoint kepada PDF dan sebaliknya
  • TUkara PDF kepada format gambar JPG dan sebaliknya
  • Tukar fail Excel kepada PDF dan sebaliknya
  • Membuang kata laluan PDF…
  • …dan lain-lain lagi.

Anda hanya perlu tekan mana-mana menu pilihan, dan muat naik fail yang hendak diubah itu.

Setelah itu, tekan butang yang tersedia dibawah untuk memproses dokumen.

Fail yang siap diproses boleh disimpan terus ke dalam storan awan seperti Google Drive ataupun Dropbox.

Bagi yang risaukan privasi, smallpdf menyatakan semua fail yang dimuat naik itu akan dipadam  dari server dalam masa satu jam.

Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain yang bermasalah menguruskan dokumen dengan format PDF.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY