Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OP9 Pro

Mahu Fokus Fotografi, OnePlus 9 Pro Mungkin Berkolaborasi Dengan Syarikat Kamera

Diterbitkan Februari 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Kita dapat lihat arena telefon pintar tidak lagi hanya menawarkan prestasi penggunaan sahaja tetapi kini telah rancak memasuki arena fotografi mudah alih.

Jika Huawei bekerjasama dengan Leica, vivo apa kurangnya apabila baru sahaja menggunakan sistem kamera daripada ZEISS.

Melihat trend sebegini, OnePlus tidak mahu ketinggalan apabila mereka mahu memfokus fotografi selepas ini dan dikatakan mungkin akan berkolaborasi dengan syarikat kamera Hasselblad.

OP9 Pro 2

Perkara ini didedahkan menerusi video yang dikongsikan YouTuber Dave2D apabila beliau mendakwa bahawa telefon yang berada bersamanya adalah OnePlus 9 Pro.

OP9 Pro 1

Telefon tersebut kelihatan sedikit berbeza berbanding OnePlus 9 yang tertiris pada bulan yang lalu. Ini kerana telefon yang mungkin OnePlus 9 Pro ini hadir dengan tetapan empat kamera.

pete lau

Tambahan lagi, kolaborasi ini dikuatkan lagi apabila CEO OnePlus – Pete Lau sendiri telah berkongsi di Weibo bahawa mereka membuat pelaburan yang besar untuk sistem kamera.

Dengan ini, mungkinkah kita akan lihat harga jualan siri OnePlus 9 meningkat disebabkan kolaborasi ini? Sama-sama kita nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Sumber: Dave2D, mydrivers via sparrow news

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY