macOS Mojave Akan Muncul Pada Akhir Bulan Ini

Dalam acara Apple yang berlangsung semalam, mereka telah mengumumkan tarikh rasmi sistem operasi untuk rangkaian MacBook mereka yang akan dikeluarkan pada 24 September ini.

Sistem operasi Mojave kini dalam fasa beta, telah memperkenalkan Dark Mode yang merangkumi beberapa aplikasi dari Apple. Antaranya adalah Mail, Photos dan Messages. Mojave turu menawarkan Stacks yang secara automatik menyimpan fail-fail anda mengikut turutan.

macOS Mojave ini akan melibatkan peranti MacBook dari tahun 2015, MacBook Air dari tahun 2012, MacBook Pro dari pertengahan 2012, Mac Minis dan iMac dari tahun 2012, semua iMac Pro dan juga Mac Pro dari tahun 2010.

Sumber