Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pepijat Dijumpai Di Dalam Perisian Yang Digunakan Oleh Peranti Apple

Pepijat Dijumpai Di Dalam Perisian Yang Digunakan Oleh Peranti Apple

Diterbitkan November 2, 2018 oleh Wiser MY

Beberapa kelemahan telah dijumpai oleh Kevin Backhouse, seorang penyelidik untuk Semmle yang menjumpai sehingga 6 kelonggaran di dalam kernel sistem operasi XNU Apple yang digunakan oleh peranti Apple. Kelemahan ini dikatakan menjejaskan lebih dari 1.3 bilion peranti seluruh dunia.

Backhouse berkata kelemahan kritikal ini boleh dijumpai di dalam XNU kernel yang melibatkan iOS, macOS, tvOS dan juga watchOS. Perkara yang membimbangkan adalah penyerang boleh menggunakan kelemahan ini untuk mengambil alih mana-mana peranti Apple yang menggunakan rangkaian yang sama.

Backhouse telah memaklumkan pihak Apple mengenai perkara ini dan Apple telah mengambil beberapa langkah termasuk kemaskini di dalam iOS 12 dan Mojave macOS pada bulan September. Backhouse turut mendedahkan yang hanya 60% peranti iOS yang telah mengemaskini sistem operasi mereka dan baki 40% masih terdedah dengan ancaman tersebut.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
©2026 WISER.MY