Lima Atlet e-Sukan Cantik Ini Pasti Membuatkan Anda Terpegun Dengan Pencapaian Mereka

Hobi bermain permainan video seringkali dikaitkan dengan kaum lelaki. Namun hari ini, jumlah pemain dari kaum hawa juga semakin meningkat. Malah, ada di antara mereka yang telah bermain secara profesional di peringkat antarabangsa.

Walaupun sudah mempunyai daya tarikan tersendiri dengan bermain permainan video, rupa paras yang cantik juga akan meningkatkan lagi nilai dan populariti mereka ini di kalangan penggiat industri permainan video.

Dengan itu, mari kami kongsikan lima atlet e-sukan profesional yang bukan sahaja mampu memukau penggemar permainan video lelaki seluruh dunia dengan skil mereka, akan tetapi juga dengan wajah mereka yang menawan.

1. Nast1a 



Nast1a atau nama sebenarnya Nastya merupakan atlet yang berasal dari Russia. Beliau adalah merupakan seorang pemain Counter Strike : Global Offensive profesional serta pernah mewakili beberapa pasukan seperti Russian Forces, Red Reserve dan doyoueven.

Mula bermain secara pro pada tahun 2014, beliau pernah memenangi beberapa kejohanan besar seperti WESG 2017 World Finals Female(tempat pertama), ESU Razer CS:GO Ladies Tournament 2016(tempar pertama) dan Copenhagen Games 2017(tempat ketiga).

Twitch : Nast1a

2. Hedje



Gadis dari Norway bernama Hege Botnen atau Hedje ini juga merupakan seorang pemain profesional CS : GO. Hedje telah mula bermain permainan ini sejak edisi CS 1.5 lagi. Namun beliau mula menyertai kejohanan secara aktif semasa CS 1.6.

Beliau pernah bermain untuk dalam beberapa kejohanan seperti WESG 2017 European Finals: Female, Copenhagen Games 2018 - Female dan DreamHack Summer 2017: Female BYOC. Pasukan yang pernah diwakili oleh beliau antaranya ialah Planet Odd dan LGB eSports.

Twitch : Hedy0

3. Kasumi Chan



Marjorie 'Kasumi Chan' Bartell merupakan pemain permainan Dead or Alive 4 terkemuka dunia. Nama Kasumi juga diambil daripada salah satu karakter dalam permainan tersebut.

Marjorie juga muncul sebagai pemenang dalam kejohanan Dead or Alive 4 2007 di mana beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $ 50,000. Ia menjadikan beliau sebagai antara atlet e-sukan dengan wang kemenangan tertinggi di dunia.

Selain atlet e-sukan profesional, Marjorie Bartell juga adalah merupakan seorang jurutera perisian.

Twitch : N/A

4. Zainab 'zAAz' Turkie



Gadis cantik dari Sweden berusia 25 tahun ini terkenal dengan kebolehannya bermain beberapa permainan video namun beliau hanya bermain Counter Strike sahaja secara profesional.

zAAz pernah mewakili beberapa pasukan terkemuka seperti fnatic, Pink Zinic dan Team Secret. Beliau muncul juara dalam pelbagai kejohanan antaranya Copenhagen Games 2014: Female Tournament, GameGube 2014 dan Intel Challenge Katowice 2015-2017 secara berturut-turut.

Twitch : zaazturkie

5. Katherine 'Mystik' Gunn



Katherine 'Mystik' Gunn, salah seorang daripada pemain wanita dengan jumlah wang kemenangan tertinggi di dunia. Pada mulanya, beliau bergiat aktif dalam permainan DOA, namun beralih ke Halo Reach.

Mystik pernah diiktiraf sebagai atlet e-sukan wanita paling kaya di dunia oleh Guinness World Record Books pada tahun 2015. Beliau ketika itu telah mengumpul sejumlah $ 122,000 wang kemenangan.

Twitch : KatGunn

Tidak mustahil suatu hari nanti, Malaysia juga akan mempunyai wakil dalam acara e-sukan dengan pencapaian mengagumkan yang tersendiri. Sama-sama kita doakan.

 

Sumber 1  Sumber 2  Sumber 3