Lihat Bagaimana Pencuri iPhone Membersihkan Peranti Sebelum Menjualnya Kembali

Dengan harga peranti iPhone yang semakin meningkat, begitu juga harga jualan untuk peranti yang sudah digunakan. Ini akan meningkatkan lagi aktiviti kecurian melibatkan peranti telefon pintar anda.

iOS dan Android menawarkan servis untuk menjejak, memadam dan mengunci peranti anda sekiranya peranti tersebut hilang atau dicuri. Tetapi masih ramai lagi tidak menyedari akan perkara ini dan ditambah dengan perasaan panik, mereka boleh membuat kesilapan yang menguntungkan si pencuri.

Penyelidik di Trend Micro telah mendedahkan rangkaian jenayah yang merangkumi penjenayah biasa dan juga penjenayah siber. Penggodam menawarkan servis untuk nyah kunci akaun iCloud iPhone yang telah dicuri bagi membolehkan iPhone berkenaan dapat digunakan semula. Mereka juga menggunakan alatan phising bagi memperdaya pemilik iPhone sebenar dalam memberikan maklumat penting mengenai akaun iCloud mereka.

Penjenayah siber ini mempunyai pelanggan di serata dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, India, Itali, dan Arab Saudi.



Selepas penjenayah berjaya mendapatkan akses kepada akaun iCloud, mereka boleh nyah kunci peranti iPhone tersebut dan menggunakan maklumat yang terdapat dalam peranti tersebut atau membersihkannya, kemudian menjualnya kembali.

Sumber