Untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0, tiada permohonan semula yang perlu dilakukan bagi penerima BPN sedia ada yang telah menerima bayaran sebelum ini. Namun, bagi bukan penerima BPN 2020, permohonan baharu perlu dikemukakan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan permohonan baharu boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dalam talian atau penghantaran borang manual melalui mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC LHDNM.
https://www.facebook.com/LHDNM/posts/3275190522549873
Kini, LHDNM menyarankan permohonan baharu BPN 2.0 dibuat secara dalam talian. Ia berikutan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga dapat diputuskan.
Saranan ini terutamanya adalah bagi pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dalam pada itu, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat pada 15 Oktober ini melalui portal rasmi BPN. Sementara itu, permohonan baharu pula akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020 melalui portal yang sama.
Sumber: LHDN
Berkaitan
- POCO X3 NFC Ditawarkan Pada Harga RM949 Untuk Esok Sahaja
- Masalah Log Keluar Akaun Facebook Adalah Disebabkan 'Perubahan Konfigurasi'
- WhatsApp Secara Rasmi Tampil Perincikan Polisi Privasi Baharu
- Mattel Perkenal Hot Wheels Model Proton Saga 1985
- Xiaomi Sahkan Belum Ada Sebarang Projek Pembangunan Kereta Ditubuhkan
- iPhone Generasi Pertama 'Pecah Rekod' Dengan Harga Bidaan Lebih RM800,000
- Sebahagian Besar Aplikasi Google Di App Store Masih Belum Disertakan Label Privasi
- vivo X100 Pro+ Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto 200MP
- HTC Bakal Lancar Telefon Pintar 5G Pada Tahun Ini
- Kuo: iPhone 15 Pro Max Dijangka Jadi Model Paling Laris