Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BPR Percuma

Jangan Bayar Perkhidmatan Isi Borang BPR

Diterbitkan Februari 8, 2021 · Dikemas kini Februari 8, 2021 oleh Amalina Athman

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini memaklumkan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa laporan telah diterima oleh pihak LHDN berkaitan kewujudan pihak-pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan BPR.

Dalam pada itu, LHDN turut menegaskan bahawa permohonan BPR adalah percuma tanpa sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pemohon.

Sebagai tambahan, setiap permohonan yang diterima sama ada dalam talian atau borang kertas akan disemak mengikut prosedur serta tiada keistimewaan tertentu yang akan diberikan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, ianya boleh dilakukan melalui talian Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747, HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.

Sumber: LHDNM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY