LG Keluarkan Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Teknologi Penghalau Nyamuk

Anda boleh dapati pelbagai alat penghalau nyamuk dipasaran dari ubat nyamuk, alat elektrik, hinggalah kepada aplikasi yang mengeluarkan bunyi nyaring.

Walaupun ia serangga yang kecil dan gigitannya tidak sesakit mana, tetapi wabak penyakit yang dibawa nyamuk boleh menyebabkan kematian.

Justeru itu, LG telah melancarkan telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi penghalau nyamuk. Model yang dikenali sebagai LG K7i ini mempunyai teknologi yang dipanggil sebagai Gelombang Bunyi, membuatkan nyamuk tidak akan menghampiri anda.

Frekuensi Ultrasonic pada tahap 30kHz akan dikeluarkan dan ia selamat pada manusia tetapi tidak pada serangga kecil seperti nyamuk.



Ia didatangkan dengan penutup belakang khas yang mempunyai rekaan seperti speaker, membolehkan gelombang itu dipancarkan. Terdapat juga tempat letak telefon supaya ia dapat diletakkan secara menegak.

Menurut LG, K7i bukanlah produk pertama yang dilengkapi dengan teknologi seumpama ini kerana pendingin hawa serta TV juga sudah ditawarkan dengan fungsi penghalau nyamuk.

Antara spesifikasi ringkasi telefon ini adalah...

  • Skrin paparan 5 inci

  • Kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP

  • RAM 2GB, cip pemproses 4-Teras 1.1GHz

  • Storan dalaman 16GB

  • Bater 2500mAh


Buat masa ini ia ditawarkan dipasaran India yang mengalami masalah wabak penyakit malaria dan denggi bawaan nyamuk. Ia dijual pada harga 7990 Rupee (~RM517).

Sumber: LG