Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pokemon Go Plus Memudahkan Anda Menangkap Pokemon

Pokemon Go Plus Memudahkan Anda Menangkap Pokemon

Diterbitkan September 9, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Pokemon Go Plus Memudahkan Anda Menangkap Pokemon
Ramai yang
ternanti-nanti tarikh 16 September ini. Pada tarikh itu, Malaysia bakal
meraikan Hari Malaysia, Apple mula memasarkan model iPhone 7, dan kini giliran
Nintendo pula mengeluarkan peranti Pokemon Go Plus.
Pokemon Go Plus
merupakan sebuah peranti yang disambungkan ke telefon pintar anda menggunakan
bluetooth. Ia dipakai pada pergelangan tangan seolah-olah jam tangan. Apabila
peranti tersebut mengesan pokemon di kawasan berhampiran, lampu LED akan berkelip
dan anda mampu menangkap pokemon tersebut tanpa membuka aplikasi permainan itu
di dalam telefon pintar.

Nintendo
bagaimanapun masih belum mengesahkan harga jualan Pokemon Go Plus dan menurut
sumber yang lain ia mungkin di pasarkan dengan harga $35. Peranti tersebut
bakal menemui pembeli di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jepun
pada 16 September ini. Pengumuman tentang Pokemon Go Plus ini dibuat beberapa
jam selepas syarikat pembangun permainan Pokemon Go, Niantic, memberitahu umum
permainan itu boleh dimainkan pada Apple Watch 2.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY