LG Bagi Diskaun Sehingga 50% Untuk Dua Produk Audio Ini

Beberapa hari yang lalu, LG Malaysia dengan rasminya memperkenalkan siri LG TONE Free Earbuds yang masing-masing dijual pada harga RM599 dan RM799.

Ia hadir dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti, Headphone Spatial Processing (HSC) serta pengecasan tanpa wayar, produk ini turut mempunyai ciri pembersihan UV.

Bagi anda diluar sana yang berminat untuk mendapatkan fon telinga ini, ia kini ditawarkan pada harga promosi selama 10 hari bermula hari ini. Bakal tamat pada 10 Oktober depan, diskaun harga yang diberikan adalah sehingga 50%.



Selain LG TONE Free, turut sama menerima potongan harga adalah pembesar suara LG XBOOM Go dan LG XBOOM On.

Harga diskaun

LG TONE Free

  • HBS-FN4 - RM299 (Harga asal RM599)

  • HBS-FN6 - RM499 (Harga asal RM799)


LG XBOOM Go

  • PL2 - RM249 (Harga asal RM419)

  • PL5 - RM399 (Harga asal RM649)


LG XBOOM ON

  • ON5 - RM899 (Harga asal RM1299)

  • ON7 - RM1199 (Harga asal RM1499)


Promosi ini djalankan pada platform Shopee dan Lazada dan pautan disertakan dibawah.