Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 775G

Ini Mungkin Telefon Pertama Guna Snapdragon 775G

Diterbitkan Mei 17, 2021 ยท Dikemas kini Mei 17, 2021 oleh Helmi Samsuri

Cip siri 700 pertama kali diperkenalkan oleh Qualcomm sejak Mei 2018 yang lalu. Setakat ini ia sudah membariskan 11 jenis cip yang sedia digunapakai pada peranti-peranti kelas pertengahan.

Namun begitu, sebelum ini terdapat desas-desus kedatangan ‘ahli baru’ dalam siri tersebut. Disebut-sebut sebagai Snapdragon 775G yang ditandakan dengan nombor model SM7325.

Baca juga – Telefon HONOR Dijangka Bakal Kembali Dengan Akses Google Tidak Lama Lagi

Antara khabar angin awal mengenainya, ia mungkin dibangunkan dengan teknologi 6nm, selain turut dibayangkan dengan peningkatan prestasi CPU 40% lebih laju dan GPU 50% lebih berkuasa.

Menambah lagi kepada ura-ura sedia ada, HONOR 50 mungkin dijadikan telefon pertama dikuasakan cip tersebut. Difahamkan bahawa, HONOR 50 adalah model mampu milik bagi keluarga HONOR 50. Dua lagi model, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 Pro+ dijangka tampil dengan Snapdragon 888.

Baca juga – HONOR Dilapor Akan Lancar Telefon Dengan Snapdragon 888 Pada Julai Ini

Tarikh pelancaran belum dapat dipastikan tetapi digambarkan sekitar Jun ini.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY