Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepas S22 Ultra, Galaxy Z Fold4 Pula Dilapor Ada Slot S Pen

Lepas S22 Ultra, Galaxy Z Fold4 Pula Dilapor Ada Slot S Pen

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Faiz Munir

Minggu lalu, Samsung telah melancarkan siri Samsung Galaxy S22. Dalam keluaran siri ini, kita dapat melihat yang Samsung telah meninggalkan sepenuhnya siri Galaxy Note dengan memperkenalkan S Pen pada model Galaxy S22 Ultra.

Kini, terdapat pula laporan bahawa Galaxy Z Fold 4 juga akan mengikut langkah Galaxy S22 Ultra yang juga disertakan dengan S Pen. Galaxy Z Fold4 ini mungkin bukan peranti boleh lipat pertama dari Samsung yang menyokong S Pen seperti Z Fold3, tetapi Z Fold4 ini akan menjadi peranti boleh lipat pertama dari Samsung yang menyertakan slot S Pen.

Samsung juga menjadikan sokongan S Pen ini sebagai tarikan utama untuk jualan Z Fold4 nanti.

Di samping itu, Samsung juga dikatakan sedang menumpukan ketahanan untuk model baharu ini. Bermaksud, ia lebih tahan daripada Z Fold3 yang mempunyai sokongan kalis air IPX8 dan skrin boleh lipat yang kukuh. Mungkin juga pada Z Fold4, Samsung akan menyertakan sokongan kalis debu.

Apa-apa pun, kita ingin melihat bagaimana Samsung cuba untuk implementasikan kalis debu pada Z Fold4 walaupun ia dikatakan sukar diterapkan pada rekaan peranti boleh lipat.

Sumber: Android Authority

Foto utama: LetsGoDigital

Baca juga:

  • Sony LinkBuds Dilancarkan, Rekaan Pelik Dan Unik
  • Dua Peranti Apple Ini Rasmi Jadi Produk Vintaj Dan Usang
  • Apple Watch Jadi Penyelamat Wanita Ini, Kesan Penyakit Lebih Awal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY