Sony baru sahaja melancarkan fon telinga tanpa wayar (TWS) terbaharu mereka, iaitu LinkBuds (WF-L900). Tidak seperti TWS yang biasa kita lihat di pasaran, LinkBuds menampilkan rekaan agak pelik dan unik.
Seperti kebiasaan, Sony mengatakan TWS terbaharu mereka ini menjanjikan pengalaman audio yang terbaik buat penggunanya.
LinkBuds tidak menawarkan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) tetapi masih mempunyai kualiti panggilan yang baik. Baterinya berkemampuan untuk bertahan sehingga 5.5 jam dengan sekali cas dan tambahan 12 jam dengan bekas simpanannya.
Rekaannya yang ringan membenarkan pengguna selesa memakainya dalam tempoh yang lama. Turut hadir dengan penarafan kalis air IPX4. Selain itu, pemproses V1 terbina di dalam bersama-sama pemacu 12mm. Malah, terdapat juga Adaptive Volume Control untuk mengoptimumkan bunyi audio mengikut persekitaran.
Ciri lain termasuk Wide Area Tap untuk memudahkan kawalan gestur dan Speak-to-Chat yang membuatkan muzik jeda (pause) secara automatik apabila pengguna sedang bercakap dengan seseorang. Turut didatangkan sokongan Google Assistant dan Alexa.
Ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, Sony LinkBuds dijual pada tanda harga USD180 (~RM754).
Sumber: gsmarena
Baca juga:
-
Penguna Mendakwa Kemas Kini Windows 11 Untuk Bulan Februari Buat “Hal”
-
Buat Pertama Kalinya Imej Permukaan Planet Zuhrah Berjaya Dirakam NASA Dari Angkasa Lepas