Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
motorola thinkphone teser

Motorola ThinkPhone Dipercayai Akan Hadir Di CES 2023

Diterbitkan Januari 4, 2023 ยท Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Motorola dijangka akan merasmikan sebuah telefon sulung pertama di bawah siri ThinkPhone. Anda mungkin berasa seperti pernah dengarnya sebelum ini.

Ya, Lenovo hadir dengan komputer riba ThinkPad dan kini melalui Motorola, Lenovo melancarkan pula ThinkPhone.

Jika anda tidak maklum, Lenovo sudah membeli Motorola daripada Google sejak beberapa tahun dulu.

Business-grade upgrade. #LenovoCES #CES2023 pic.twitter.com/SvhaB3H30g

— motorola (@Moto) January 3, 2023

Dengan ciapan “Business-grade upgrade”, Motorola sudah berkongsi sedikit imej menunjukkan tubuh ThinkPhone ini.

Menerusinya, dapat kita lihat ia menggunakan kemasan fiber di panel belakang dengan penjenamaan “ThinkPhone by Motorola” di bawah.

Berkaitan

  • Motorola Dedah Harga Rasmi Moto Razr 2022 Sebelum Pelancaran
  • Ini Cara Cipta Avatar Di WhatsApp
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Anugerah Telefon Wiser 2022 - Ini Senarai Pemenang
  • CES 2023: Intel Perkenal Cip Generasi Ke-13 Dengan 24 Teras
  • L'Oreal Muncul Di CES 2023 Dengan Pencetak Solekan Bulu Kening
  • Kerajaan Akan Teliti SOP SMS Yang Dihantar GOV - Timbalan Menteri KKD

Ini bermakna spesifikasinya kelak bukan calang-calang kalau dikatakan “business grade”.

Untuk bingkainya, telefon ini menggunakan kerangka diperbuat daripada aluminium. Pada sisi kiri, terdapat butang berwarna merah.

Imej penuh telefon ini pernah didedahkan sebelum ini oleh Evan Blass seperti di bawah.

motorola thinkphone (4)
motorola thinkphone (1)
motorola thinkphone (2)
motorola thinkphone (3)

Spesfikasinya belum dikongsi Motorola setakat ini namun pastinya diperkenal dalam beberapa hari ini di CES 2023.

Sumber: Sammobile, Evan Blass

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY