Lenovo LOQ 15IRX9 Dan IdeaPad Flex 5 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM3499

Bagi anda yang sedang mencari komputer riba baru untuk pelbagai kegunaan, Lenovo Malaysia kini telah membawa masuk dua produk komputer riba iaitu Lenovo LOQ 15IRX9 dan Lenovo IdeaPad Flex 5 dengan aksesori tambahan seperti tetikus wayarles yang dijual secara berasingan.

Lenovo LOQ 15IRX9




Untuk pengetahuan anda, komputer riba ini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i7-14700HX dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 dan memori 16GB RAM 5600MHz DDR5.

Ia juga menjalankan sistem operasi Windows 11 Pro dan dilengkapi storan 1TB yang disokong oleh dua slot kad SSD PCIe Gen 4.

Skrin yang digunakan pula berupa skrin WQHD bersaiz 15.6 inci yang berkadar segar semula 165Hz dengan resolusi 2560 x 1440.

Baterinya pula adalah 60 watt-jam yang disokong oleh pengecasan Super Rapid Charge Pro.

Lenovo LOQ ini juga dilengkapi dengan ciri Lenovo AI Engine+ daripada cip LA1 AI yang mampu untuk mengekalkan kestabilan prestasi perantinya setelah Balance Mode dihidupkan.

Harga yang ditawarkan untuk Lenovo LOQ 15IRX9 ini adalah RM3,499 dan boleh digandingkan dengan beberapa aksesori tambahan iaitu:-

  • Lenovo Legion M600 Wireless Gaming Mouse = RM320

  • Lenovo Legion H600 Wireless Gaming Headset = RM428

  • Lenovo Legion Gaming Control Mouse Pad L = RM74


Lenovo IdeaPad Flex 5




Bagi komputer riba, Lenovo IdeaPad Flex 5 pula, ia dikuasakan oleh cip AMD Ryzen 7 dan disokong oleh GPU AMD Radeon.

Ia juga dilengkapi dengan konfigurasi 16GB LPDDR4X memori dan 1TB storan.

Paparan pula adalah skrin IPS jenis boleh sentuh bersaiz 16 inci dengan resolusi 2560 x 1600.

Selain itu, IdeaPad Flex 5 ini menggunakan kamera web FHD dengan sistem pembesar suara Dolby Audio.

Harga yang ditetapkan untuk komputer riba ini adalah RM3,599 dan digandingkan dengan Lenovo Go Wireless Vertical Mouse yang dijual berasingan pada harga RM224.

Bagi yang berminat untuk membeli dua produk komputer riba di atas, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Lenovo Malaysia yang terdekat dan layari laman web Lenovo Malaysia untuk spesifikasi penuh.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Lenovo Malaysia