Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV charger_Daily Hive

ACO Tech, Geno Dan MARii Bersama Memacu Malaysia Merevolusi EV Di Asia Tenggara

Diterbitkan Februari 19, 2024 · Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh ariff bukhari

Pembekal mobiliti pintar, ACO Tech, telah menandatangan satu Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Geno dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk mengkaji penggunaan penyelesaian rantaian blok (blockchain) bagi infrastruktur Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia.

ACO Tech Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama di antara PROTON, ECARX dan Altel Communications yang ditubuhkan pada tahun 2019 dahulu.

Geno Group Limited adalah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2022, beribu pejabat di United Kingdom, dengan fokus dalam perniagaan BaaS (Blockchain-as-a-Service).

Manakala MARii (Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang berperanan sebagai pusat fokus, koordinasi, dan pemikiran bagi industri automotif negara.

ACO Tech, MARii and Geno sign MoC

Kolaborasi ini akan membantu Kerajaan dalam merealisasikan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 dan berusaha untuk mencapai 20% Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang 2030, 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050.

“Langkah strategik ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dengan pelanggan pengguna akhir, membolehkan interaksi yang lebih awal, mendalam, dan berkekalan,” Ketua Pegawai Eksekutif Geno, Encik Zhang Yi Ian.

Berkaitan

  • TNB Dan MARii Bersama Mewujudkan Garis Panduan Pengembangan Penggunaan EV Di Malaysia
  • Permohonan Rebat RM2,400 Motosikal Elektrik Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui
  • Ini Cara Mohon Rebat RM2,400 Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Sumber: Siaran media  ACO Tech, MARii dan Geno

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY