Lenovo Legion Go Boleh Dibeli, Harga Dari RM3,099

Satu lagi konsol permainan mudah alih tiba di pasaran Malaysia iaitu Lenovo Legion Go.

Lenovo Legion Go dikuasakan siri cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 dan dimuatkan dengan RAM berkapasiti 16GB 7500Mhz LPDDR5X dan storan pantas bersaiz 1TB, peranti ini menjalankan sistem operasi Windows 11 Home.

Ia juga dilengkapi panel skrin IPS QHD+ (2560 x 1600) bersaiz 8.8 inci dengan kadar segar 144Hz serta lengkap alat kawan dengan 10 butang di bahagian kiri dan kanan yang boleh ditanggalkan dari skrin utama.

Ia turut terbina dengan bateri bersaiz 49.2Wh dan menyokong pengecas pantas 65W.





Lenovo Legion Go ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu model dengan cip AMD Ryzen Z1 yang berharga RM3,099 dan model yang dikuasakan oleh AMD Ryzen Z1 Exterme yag berharga RM3,399.

Untuk pembeli terawal Lenovo Legion Go ini, anda akan turut ditawar aksesori pelindung skrin yang hanya pada harga RM1 sahaja.

Untuk info lebih lanjut atau tempahan Lenovo Legion Go ini, layari laman rasmi Lenovo Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=eINolq2IbQg

{suggest}

Berkaitan