Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-07T114746.230

Lenovo Legion Go Kini Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3,999

Diterbitkan Disember 7, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Muhd Idham

Lanjutan dengan artikel sebelum ini, Lenovo secara rasmi telah mengumumkan ketibaan peranti Lenovo Legion Go di pasaran Malaysia yang dahulunya telah dilancarkan di pameran IFA (Internationale FunkAusstellung Berlin) pada September 2023.

Namun kini, peranti yang dikuasakan dengan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme ini boleh didapati dengan harga permulaan RM3,999 beserta tawaran PWP (pembelian dengan pembelian) yang disediakan seperti berikut:

  • Set kepala Lenovo Legion E510 7.1 RGB pada harga RM249
  • Percuma pelindung skrin bernilai RM109

Screenshot 2023-12-05 091130

Untuk pengetahuan anda, peranti Legion Go adalah konsol mudah alih pertama Lenovo yang beroperasi menggunakan Windows 11 dengan kelengkapan grafik AMD Radeon DNA.

Paparan yang digunakan adalah paparan QHD+ selebar 8.8 inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ianya juga tampil dengan konfigurasi 16GB LPDDR5X RAM (7500Mhz), 1TB storan SSD dan slot mikro SD untuk tambahan storan sehingga 2TB.

Di samping itu, Legion Go menggunakan bateri 49.2Wh dengan sistem pengecasan Super Rapid Charge. Anda juga boleh mengakses permainan secara terus dengan sokongan daripada Legion Space.

Jika anda berminat, anda boleh membuat pra-tempah dengan tawaran yang disediakan di Lenovo Exclusive Store pada 8 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023.

Berkaitan

  • 5 Produk Lenovo Ini Ada Potongan Harga Khas Untuk Disember 2023
  • Hidupkan Karakter AI Anda Dengan Looking Glass Go
  • Ini Peranti OPPO Yang Ada Diskaun Sempena Ulang Tahun OPPO Malaysia
  • AMD Umum AMD Siri Ryzen 8040 Baharu Dengan Teknologi AI
  • Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak

Sumber: Siaran Media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY