Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hidupkan Karakter AI Anda Dengan Looking Glass Go

Posted on Disember 7, 2023

Dengan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan di seluruh dunia, syarikat pemula Looking Glass Factory yang menumpukan kemahiran mereka dalam pembuatan peranti paparan imej 3D kini telah memperkenalkan produk terbaru mereka yang diberi nama Looking Glass Go.

Pada tahun 2020, mereka telah mengeluarkan satu produk yang lebih kurang sama dari segi ciri utama produk mereka dengan saiz paparan 3D yang lebih besar iaitu 7.9 inci dan kualiti yang kurang memberangsangkan.

Produk ini dikenali dengan nama Looking Glass Potrait yang boleh dimiliki dengan harga USD299 (~RM1,397.38) dengan penghantaran serata dunia melalui laman web rasmi mereka.

Looking Glass Potrait

Kini, mereka telah memperbaharui ciri teknologi mereka kepada bentuk yang lebih baik dan padat supaya ia menepati imaginasi dan keselesaan pengguna.

Looking Glass Go

Looking Glass Go ini hadir dengan paparan potret 6 inci dengan reka bentuk 10 kali lebih nipis berbanding produk sebelumnya supaya boleh dimuatkan di dalam poket seluar anda.

Selain daripada keberkesanan produk ini yang hanya boleh dikuasakan secara terus menggunakan wayar USB-C, peranti ini juga menyokong sambungan Wi-Fi dan Bluetooth untuk menjana imej 3D seperti karakter anime yang akan digabungkan bersama ChatGPT bagi menghidupkan lagi perbualan kita bersama kecerdasan buatan itu.

Walau bagaimanapun, Looking Glass Factory sekadar memperkenalkan sahaja produk ini kepada khalayak umum bagi mengumpul dana perbelanjaan mereka untuk penghasilan yang lebih banyak pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Looking Glass Go dan menjadi antara pembeli terawal produk ini dengan harga USD199 (~RM930.03), sila layari laman web rasmi mereka, Looking Glass Factory.

{suggest}

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress