5 Produk Lenovo Ini Ada Potongan Harga Khas Untuk Disember 2023

Sempena musim cuti sekolah penggal tiga yang akan tiba tidak lama lagi, syarikat pengeluar alatan elektronik, Lenovo, telah menyenaraikan lima peranti pintar terkini dengan tawaran istimewa yang akan tersedia di pasaran Malaysia.

Lenovo Legion Go




Legion Go yang merupakan konsol mudah alih pertama syarikat Lenovo ini dilengkapi dengan sistem pengendalian Windows serta alat kawalan yang boleh ditanggal bagi menepati keselesaan pengguna.

Dengan sokongan daripada pengecasan Super Rapid Charge, peranti ini dikatakan mampu mengecas sehingga 70% dalam masa setengah jam.

Walaupun harga bagi produk ini belum dikeluarkan, anda boleh membuat pra-tempah bagi produk ini dari 8 Disember hingga 17 Disember 2023 melalui gedung rasmi dalam talian Lenovo Malaysia dengan tawaran diskaun bagi produk set kepala Lenovo Legion E510 7.1 RGB yang berharga RM249 selepas diskaun dan pelindung skrin percuma yang bernilai RM109.

Lenovo Yoga Book 9i




Produk kedua adalah Yoga Book 9i yang merupakan komputer riba dwi-skrin OLED bersaiz penuh pertama di dunia dengan ukuran lebar skrin 13 inci.

Antara keistimewaan peranti ini adalah ia disokong oleh engsel yang boleh dilipat sehingga 360 darjah bagi membolehkan penggunanya mengubah komputer riba itu menjadi mod tablet, mod buku dan lain-lain.



Yoga Book 9i ini juga didatangkan bersama dengannya Folio Stand boleh lipat, papan kekunci Bluetooth, pen digital dan Premium Care dengan harga keseluruhan RM8,979 di gedung rasmi dalam talian Lenovo Malaysia.

Lenovo Tab P11 (Gen 2)




Seterusnya adalah Lenovo Tab 11 (Gen 2) dengan paparan LCD 11.5 inci serta mod Split-Screen bagi kegunaan multitugas. Dalam pada itu, ia juga dilengkapi dengan Lenovo Precision Pen 2 dan papan kekunci yang berasaskan ThinkPad.

Namun begitu, peranti ini dijangka akan tersedia dengan tawaran diskaun 25% dalam masa terdekat dengan harga serendah RM1,139 di Lenovo Exclusive Stores.

Lenovo Legion 9i




Diikuti dengan Lenovo Legion 9i (Gen 8) yang dipasangkan dengan paparan 3.2K Mini-LED bersaiz 16 inci, ia dikuasakan cip Intel Core i9-13980HX dan NVIDIA GeForce RTX 4090/4080.

Anda boleh dapatkan produk ini dengan harga yang ditawarkan iaitu RM16,039.01 di gedung rasmi dalam talian Lenovo Malaysia.

Lenovo R27fc-30 27" Monitor




Produk terakhir yang disenaraikan oleh Lenovo adalah monitor lengkung Lenovo R27fc-30 yang berukuran 27 inci dengan kelengkungan 1500R.

Monitor ini dilengkapi dengan kadar segar semula 280Hz dan kadar masa tindak balas MPRT 0.5ms ultra-responsif. Harga yang ditawarkan untuk produk ini selepas diskaun 15% adalah RM899 melalui pembelian di gedung rasmi dalam talian Lenovo Malaysia.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Lenovo