Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Yoga Book 9i (

Lenovo Lancar Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Bersaiz Penuh Pertama Di Dunia, Yoga Book 9i

Diterbitkan Jun 16, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh ariff bukhari

Lenovo pada hari ini baru sahaja melancarkan barisan produk terbaru mereka untuk pasaran Malaysia yang terdiri daripada 3 komputer riba serta sebuah tablet,

Tetapi apa yang paling menarik perhatian adalah sebuah lagi peranti yang Lenovo nyatakan sebagai ‘Mentakrifkan semula Kategori’ iaitu Lenovo Yoga Book 9i.

Lenovo Yoga Book 9i begitu menarik perhatian kerana fleksibilitinya dan ia merupakan komputer riba dwi-skrin OLED bersaiz penuh pertama di dunia.

Lenovo Yoga Book 9i (
Lenovo Yoga Book 9i.

Bersaiz 13 inci dengan hanya seberat dari 1.34kg dan senipis 15.95mm, ia pertama kali diumumkan pada CES 2023 lalu dan telah berjaya memenangi lebih daripada 50 anugerah sejak pelancarannya.

05. Yoga Book 9i

Ia merupakan sebuah komputer riba boleh tukar yang memberi lembaran baharu untuk Yoga, mentakrifkan semula kategori menerusi dwi skrin serba bolehnya, fungsi berbilang mod dan keupayaan hiburan yang unggul.

Lenovo Yoga Book 9i dikuasakan oleh cip Intel Core i7-1355U, RAM LPDDR5X 6400MHz 16GB serta storan SSD M.2 2242 PCIe Gen4 1 TB.

Lenovo Yoga Book 9i (
Lenovo Yoga Book 9i dilengkapi skrin OLED 13.3 inci 2.8K (2880 x 1800) dengan kadar segar 60 Hz dan kecerahan maksimum 400 nits.

Ia juga didatangkan bersama Lenovo Digital Pen (Gen 3) serta pengecas USB-C 65W.

Lenovo Yoga Book 9i kini boleh didapati di Lenovo Exclusive Stores (LES) dan kedai rasmi di Lazada dan Shopee dengan harga bermula RM9,499.

WhatsApp Image 2023-06-16 at 11.26.01
WhatsApp Image 2023-06-16 at 11.26.05
Yoga Book 9i

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook 14X OLED - Nak Nampak Bergaya, Inilah Komputer Ribanya
  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY