Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-15T171754.947

Lenovo Kini Fokus Untuk AI Menerusi Barisan Komputer Dengan Cip Intel Core Ultra

Diterbitkan Disember 15, 2023 oleh Muhd Idham

Menjelang ketibaan CES 2024 tidak lama lagi, syarikat Lenovo akan memperkenalkan barisan pertama komputer riba kegunaan umum mereka yang akan dipasangkan bersama pemproses Intel Core Ultra.

Antaranya adalah Lenovo ThinkPad X1 Carbon, ThinkPad X1 2-in-1 dan IdeaPad Pro 5i.

Lenovo Kini Fokus Untuk AI Menerusi Barisan Komputer Dengan Cip Intel Core Ultra
Lenovo ThinkPad X1 Carbon
Copy of 01_X1_2_in_1_G9_Hero_Presentation
Lenovo ThinkPad X1 2-in-1
Lenovo Kini Fokus Untuk AI Menerusi Barisan Komputer Dengan Cip Intel Core Ultra
Lenovo IdeaPad Pro 5i

Untuk pengetahuan bersama, pemproses Intel Core Ultra adalah pemproses mudah alih yang diasaskan dengan seni bina hibrid Intel 3D juga merupakan keluaran paling terkini daripada syarikat Intel.

Dalam pada itu, pemproses ini dikatakan mampu berganding dengan teknologi kecerdasan buatan dalam membentuk prestasi yang lebih baik bagi sesuatu PC itu.

Dikatakan oleh pihak Lenovo, penglibatan barisan komputer riba ini dengan Intel Core Ultra membenarkan tiga ruang enjin pengiraan iaitu CPU, GPU dan NPU untuk mengendalikan fungsi kecerdasan buatan dalam mengesan permasalahan dalaman komputer riba ini.

Sehubungan dengan itu, Lenovo juga telah memperkenalkan satu langganan keselamatan yang akan disediakan khas untuk kegunaan komputer riba siri ThinkPad yang dilengkapi pemproses Intel Core Ultra iaitu Lenovo Device Intelligence (LDI).

Langganan ini dicipta supaya penglibatan teknologi kecerdasan buatan dalam peranti ThinkPad itu dapat membantu pasukan IT mendiagnosis, mencegah dan menyelesaikan masalah dan isu dalaman peranti tersebut.

Langganan ini terbahagi kepada tiga iaitu:-

  • Lenovo Device Intelligence
  • Lenovo Device Intelligence Plus
  • Lenovo Device Intelligence Plus Managed Service

Rajah di bawah adalah spesifikasi yang disediakan untuk peranti Lenovo ThinkPad X1 Carbon, ThinkPad X1 2-in-1 dan IdeaPad Pro 5i.

Screenshot 2023-12-15 165817
ThinkPad
Screenshot 2023-12-15 165852
IdeaPad

{suggest}

Sumber: Siaran Media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY